
- No 99B, Jalan Diplomatik
Presint 15
Putrajaya 62050
Malaysia
Intelligence Synergy Sdn. Bhd. (ISSB) adalah sebuah syarikat perunding latihan 100% milik bumiputera yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada Julai 2008 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Matlamat utama adalah terlibat secara langsung dalam sektor pembangunan sumber manusia negara menerusi penawaran khidmat perundingan latihan yang menyeluruh kepada pelbagai organisasi berkaitan latihan yang menjurus kepada perkara-perkara berikut:
* Kepimpinan
* Motivasi
* Program Pembangunan Pasukan ‘Team Building’ untuk pelbagai sektor
* Latihan Pembangunan Pelbagai Kemahiran Diri – ‘Soft Skill Training’
* Pengurusan Majlis
MISI DAN VISI
ISSB bertekad untuk muncul sebagai sebuah syarikat perunding profesional dan pengendali latihan utama yang diiktiraf, isegani dan berperanan dalam mewujudkan generasi yang ampuh dan mampu membawa cabaran di masa akan datang.
OBJEKTIF SYARIKAT
* Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan
* Menjadi salah sebuah firma prunding latihan yang berwibawa dan aktif
* Mendidik dan membentuk peserta ke arah matlamat-matlamat positif
* Membantu merealisasikan pembangunan modal insan Negara
Contact Us